by AmNi Najihah Arifin on Wednesday, 6 June 2012 at 11:13 ·
Pernah
tak berdepan dengan suatu keadaan di mana korang menghadapi masalah
dan akhirnya berasa sangat down sekali? Pastu korang pun rasa macam nak
terjun dari atas bangunan, minta dilanggar di jalan raya, terjun dari
jambatan, ataupun rasa nak telan pil secara overdose je. Di dalam
fikiran, korang la manusia paling tak berguna pernah hidup di dunia
ini. Sekiranya jawapan
korang adalah ya, sila teruskan dengan semua rancangan korang tu. Pergi
lah tamatkan riwayat hidup yang korang rasa tak ada guna tu. But
before that let me ask you all a question. Adakah dengan bunuh diri,
semua masalah tu akan hilang dan selesai macam tu saja? Of course la
sebab bila korang dah mati, semua tu takkan dirasai oleh korang lagi
kan. But how about your relatives, your friends? Korang sure ke yang
mereka semua tu dapat terima keputusan korang yang tergesa-gesa dan
bodoh tu? Korang kecewa
putus cinta, terus nak gantung diri. Korang hilang orang yang tersayang,
korang terus rasa macam tak guna hidup dalam dunia ni lagi. Ya, putus
asa membuatkan orang buta mata hati. Pathetic. Actually, orang bodoh je
yang anggap hidup ini sucks. Nak tahu kenapa? Sebab diorang hanya tengok benda yang sucks saja dalam hidup mereka. Aku
lebih respek pengemis yang duk mengemis di tepi jalan tu. Even though
diorang dah takde keluarga dan tersangat la miskin, diorang tak pernah
duk complain. Ada seorang pengemis pernah tegur aku dulu. Dia bagi tahu
aku yang dulu dia pernah ada isteri dan banyak harta. Tapi harta
kekayaan dia dirampas secara licik oleh isterinya dan dia ditinggalkan
keseorangan. Sampai sekarang dia hidup merempat. Aku
ingatkan dia akan cakap yang hidup dia sucks dan dia tak patut hidup
di dunia ni. Tapi aku silap. Instead he told me this, "Pakcik tak minta
jadi gini. Tapi Tuhan dah bagi. Memang mula-mula pakcik rasa hidup ni
tak guna jugak. Tapi bila pikir balik, pakcik masih ada satu lagi benda
yang buat hidup ini masih banyak gunanya. Nafas, nyawa, semua itu bagi
pakcik sangat berharga." Pakcik
pengemis tu tetap sayangkan hidup dia. Dia tak terfikir pun nak bunuh
diri whatsoever semua tu walaupun hidup dia teruk. Masa aku jumpa dia
dulu, dia sedang mengemis sebab nak sara diri dia buat masa tu. Dan
tadi, aku terjumpa kembali pakcik pengemis tu setelah beberapa tahun
berlalu sejak kali terakhir dia menegur aku. And to my shock dia dah
ada keja sendiri! Sekarang
dia sedang bekerja sebagai seorang penjual burger. Hidup dia nampak dah
semakin baik. Pakaian tak lagi selekeh macam dulu. Dan aku paling
terharu bila dia still ingat aku. Dengan semangatnya dia cerita dekat
aku macam mana dia kumpul duit dengan mengemis nak buat modal berniaga
sampai la dia dah ada gerai sendiri. See
that? Even though peoples went through the hardest time of their life,
tidak bermaksud selama-lamanya mereka akan stay dalam keadaan
tersebut. There's no such thing as 'life sucks'. Tak payah nak bunuh
diri untuk tamatkan beban atau masalah yang korang alami. Belajar la
untuk menerimanya, baru korang akan sedar yang life is not too sucks. Another
things, jangan lihat kepada benda yang buat hidup korang tu jadi sucks
saja, tapi lihat la benda lain yang boleh buat korang gembira. At
least itu semua masih boleh buat korang hilang stress. Jangan la jadi
pendek akal dengan mengambil keputusan untuk menamatkan hidup korang
semata-mata untuk lari dari takdir hidup. Hidup
ini ada jatuh bangunnya. Macam pakcik pengemis tu, daripada seorang
yang berharta, dia menjadi seorang pengemis dan kemudian berusaha untuk
naik kembali. It's up to you guys whether you want to rise again and
get back to the top or just keep staying at the bottom. So, go on with your life or kill yourself to end it? You choose...<a.n.a></a.n.a>